PARIS – Pertunjukan fesyen terbaharu Chanel baru-baru ini menampilkan koleksi yang menjurus kepada konsep teater.
Beberapa rumah fesyen Paris memenuhi ruang Opera Paris dan mendapat tepukan gemuruh daripada Ketua Pengarang Vogue, Anna Wintour dan selebriti lain tanpa seorang pereka fesyen. Ia adalah bukti kekuatan Chanel dan bengkel rekaan fesyennya yang terkenal di dunia.
Berikut adalah sorotan peragaan fesyen Chanel bagi musim luruh 2024/2025:
KOLEKSI MEWAH CHANEL
Para tetamu yang menggenggam cermin mata opera Chanel berasa teruja ketika mereka meninjau tangga marmar untuk mencari pentas di koridor luar Opera, yang dipenuhi peti opera baldu warna merah direka khas oleh Pengarah Filem Perancis, Christophe Honore.
Pentas dihiasi berlatarkan siluet yang membangkitkan kenangan opera dan zaman kegemilangannya, termasuk gaun labuh, mantel mengembang dan baju bersulam mewah.
Ciptaan anggun musim ini memenuhi ruang legar abad ke-19 yang mewah itu, dengan butang dan benang berkilauan memantulkan cahaya dari pentas.
Timbulnya detik drama, di mana tetamu mencapai kamera mereka (terlalu dekat untuk cermin mata opera) dan merakam gambar gaun hitam dengan lengan berbulu yang mengembang, manik dan reben berkilauan kelihatan menonjol pada skirt.
Musim ini menampilkan rekaan yang dialu-alukan untuk mengurangkan aksesori. Tumpuan adalah pada pakaian itu sendiri, menekankan pada hasil ketukangan yang rumit dengan menggunakan fabrik mewah.
Antaranya bulu, jumbai, bunga bersulam, pita brid, jersi lacquer, tweed, baldu sutera, tulle, taffeta dan satin duchesse yang menghiasi pelbagai penampilan sesuai de-ngan tempat tersebut.
Walaupun leher baju merupakan ciri yang menonjol corak seperti kolar leher penyu tegak di samping corak bahu bentuk bulat dan berjalur-jalur, koleksi itu pada keseluruhannya mempunyai sedikit kelainan yang kadangkala kelihatan kekurangan dari segi estetik.
Chanel memberikan penghormatan kepada bengkel petites mains termasuk berpuluh-puluh tukang yang bekerja di enam buah bengkel itu. – AP