Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angin kencang, laut bergelora di perairan Laut China Selatan mulai hari ini

    KUALA LUMPUR, 17 OKT – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan esok hingga Khamis ini. 

    MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Pelawan dan Labuan.

    MetMalaysia menasihatkan orang awam di kawasan terlibat supaya lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. – Bernama

    Cuaca mendung dan hujan berterusan sejak awal pagi melanda kawasan pelabuhan dan perairan Laut China Selatan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda