Wednesday, June 26, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Angin kencang roboh pentas p’raya, 9 maut

    MEXICO, 23 MEI – Tiupan angin kencang merobohkan pentas pilihan raya petang kelmarin di negeri utara Mexico, Nuevo Leon, membunuh kira-kira sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan 63 orang, kata gabenor negeri itu.

    Kejadian itu berlaku semasa acara yang dihadiri oleh calon presiden, Jorge Alvarez Maynez, yang berlari untuk menyelamatkan diri. Video kejadian di media sosial menunjukkan orang ramai menjerit, melarikan diri dan memanjat keluar daripada bawah tiang-tiang logam.

    Mangsa-mangsa berkenaan “tidak akan bersendirian dalam tragedi ini,” kata Maynez kepada pemberita malam kelmarin, sambil menambah dia telah menangguhkan acara kempen yang akan datang.

    Seterusnya tentera, polis dan pegawai lain meninjau di perkarangan taman tempat acara itu berlaku manakala ramai yang duduk tergamam kerana terkejut dengan tragedi itu.

    Dalam mesej video, Gabenor Nuevo Leon, Samuel Garcia, seorang ahli terkemuka parti Pergerakan Rakyat Maynez, meminta penduduk berlindung di rumah mereka dalam tempoh dua jam akan datang. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemimpin Korea Utara lawat Rusia ‘apabila semua syarat dipenuhi’

    TEHRAN, 25 JUN - Lawatan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila ‘semua syarat yang diperlukan dipenuhi’ dan asas untuk menandatangani...