Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian akibat alkohol tercemar di Turkiye meningkat

    ANKARA, 17 JAN – Kira-kira 33 orang telah meninggal dunia di Istanbul minggu ini selepas meminum alkohol tercemar, manakala 48 orang lagi menerima rawatan di hospital, lapor agensi berita negara Anadolu, kelmarin.

    Jumlah kematian pada Rabu lalu mencatatkan 23 kematian sejak Isnin di bandar terbesar di Turkiye itu.

    Minuman yang dicampur dengan metanol, alkohol industri yang berbeza dari etanol yang terdapat dalam minuman beralkohol, disyaki menjadi punca kematian tersebut.

    Empat individu yang disyaki menjual minuman alkohol tercemar telah ditangkap atas tuduhan melaku pembunuhan sengaja, menurut kenyataan dari pihak pentadbiran bandar pada malam kelmarin.

    Sejak 1 Januari, pihak berkuasa telah merampas 29 tan alkohol tercemar di Istanbul manakala 64 perniagaan telah dicabut lesen mereka, menurut pihak pentadbiran bandar.

    Pemilik kedai menyalahkan kerajaan atas gelombang kematian itu, dengan mengatakan bahawa cukai tinggi ke atas alkohol mendorong penghasilan arak haram di rumah.

    Keracunan alkohol yang tercemar adalah perkara biasa di Turkiye, di mana pengeluaran swasta meningkat selepas cukai yang lebih tinggi dikenakan. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda