Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian akibat banjir meningkat kepada 40 orang

    RIO DE JANEIRO, 21 FEB – Sekurang-kurangnya 40 orang termasuk kanak-kanak terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di Sao Paulo pada hujung minggu, lapor Xinhua.

    Lebih 600 milimeter hujan direkodkan dalam tempoh 24 jam di negeri Sao Paulo, jumlah paling tinggi pernah direkodkan di Brazil dalam tempoh yang singkat.

    Seramai 500 orang anggota bomba dan pasukan penyelamat masih menjalankan misi untuk mengesan mereka yang terselamat di sepanjang pantai Sao Paulo, namun jalan raya yang terjejas menghalang usaha itu. Seramai 40 orang dilaporkan hilang.

    Gabenor Sao Paulo Tarcisco Freitas mengarahkan tempoh berkabung selama tiga hari.

    Kira-kira 2,500 orang dipercayai hilang tempat tinggal atau terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing. 

    Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva yang melawat kawasan terjejas pada Isnin berkata tiada lagi rumah patut dibina di kawasan berisiko tinggi. – Bernama

    Anggota menyelamat mencari mangsa yang terselamat selepas kejadian banjir yang berlaku di Brazil, 20 Februari.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda