Saturday, April 19, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian akibat siklon badai Brazil meningkat

    SAO PAULO, 18 JUN – Angka kematian akibat banjir yang dicetuskan oleh siklon luar tropika di selatan Brazil, Rio Grande do Sul, meningkat kepada lapan semalam, manakala 19 lagi masih hilang, lapor Xinhua.

    Sehingga kini, 40 bandar terjejas akibat kejadian tanah runtuh, banjir dan bekalan elektrik terputus.

    Seramai 2,330 orang telah dipindahkan, 602 orang hilang tempat tinggal, dan lebih setengah juta penduduk terjejas bekalan elektrik, menurut Jabatan Pertahanan Awam negeri.

    Presidennya, Luiz Inacio Lula da Silva, berjanji untuk menyalurkan bantuan persekutuan kepada kawasan yang terjejas. – Bernama

    Sebuah rumah musnah di bandar Sao Leopoldo, negeri Rio Grande do Sul, selepas siklon luar tropika melanda wilayah selatan Brazil pada 17 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda