Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian akibat tanah runtuh meningkat

    MANILA, 4 FEB – Angka kematian akibat tanah runtuh dan banjir yang berlaku akibat hujan lebat di selatan Filipina pada minggu lalu telah meningkat kepada 14 orang, angka rasmi menunjukkan kelmarin.

    Hujan telah melanda beberapa bahagian Mindanao, pulau kedua terbesar di negara itu, di dalam dan di luar selama berminggu-minggu dan memaksa puluhan ribu orang ke tempat perlindungan kecemasan.

    Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam beberapa hari kebelakangan ini di wilayah perlombongan emas pergunungan Davao de Oro ketika ia mengalami hujan lebat yang tidak henti-henti.

    “Saya tidak pernah mengalami hujan lebat dan berterusan seperti itu sebelum ini,” kata pegawai maklumat wilayah, Fe Maestre, kepada AFP.

    Daripada 10 kematian di Davao de Oro, tiga orang telah direkodkan di perbandaran New Bataan dan empat lagi terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di majlis perbandaran Maragusan dan Monkayo, kata pegawai bencana kepada AFP.

    Sementara itu, tiga orang lagi lemas dalam kejadian berasingan di perbandaran Pantukan dan Maco di Davao de Oro.

    Di wilayah jiran Davao del Norte, tanah runtuh menimbus empat orang di dalam sebuah rumah di perbandaran Kapalong, pegawai penyelamat, Jaiasent Cabactulan, memberitahu AFP.

    Banjir yang meluas di wilayah bersebelahan Agusan del Sur telah menenggelami kampung dan tanaman. – AFP

    Seorang lelaki mengharungi air banjir akibat hujan lebat di kawasan perumahan di bandar Propseridad, wilayah Agusan del Sur di selatan pulau Mindanau pada 1 Februari lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda