Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Angka kematian banjir besar di Libya meningkat 5,500

    TRIPOLI, 14 SEPT – Angka kematian akibat banjir dahsyat yang melanda timur Libya telah meningkat kepada 5,500 orang manakala 7,000 lagi cedera, Xinhua memetik seorang pegawai tempatan sebagai berkata pada Rabu.

    Jurucakap perkhidmatan kecemasan yang berpangkalan di Tripoli, Osama Ali berkata jumlah sebenar  kematian penduduk belum dapat ditentukan kerana masih ada lagi mayat ditemui dari kawasan terjejas.

    Beliau berkata kira-kira 10,000 orang telah dilaporkan hilang manakala 30,000 lagi hilang tempat tinggal akibat banjir.

    Kawasan terjejas banjir kini berdepan kekurangan bekalan asas yang teruk, tambahnya.

    Pada Ahad, ribut Mediterranean mendarat di timur Libya, mencetuskan banjir dan menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur di sepanjang laluannya. – Bernama

    Air hujan yang mencurah-curah ke lereng gunung Derna dan masuk ke bandar telah membunuh beribu-ribu dan menyebabkan beribu-ribu lagi hilang, membasuh seluruh kawasan kejiranan ke laut. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...