Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian bot laju meningkat 11 orang

    JAKARTA, 28 APRIL – Angka kematian bot laju yang terlebih muatan dan karam di perairan wilayah barat Riau kelmarin telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 11 orang dan lebih sembilan lagi masih hilang, lapor Xinhua, memetik seorang penyelamat.

    Bot laju, SB Evelyn Calisca 01, karam di perairan Pulau Burung daerah Indragiri Hilir, kira-kira 30 minit selepas berlepas dari sebuah pelabuhan di daerah itu. Bot itu sedang menuju ke sebuah pelabuhan di Tanjung Pinang, ibu kota wilayah Kepulauan Riau, kata I Nyoman Sidakarya, ketua pejabat mencari dan menyelamat wilayah.

    “Kini, jumlah korban men-cecah 11 orang, dan lebih 9 lagi disahkan hilang,” katanya dalam kenyataan yang diterima Xinhua. Sidakarya berkata jumlah korban dan orang hilang mungkin meningkat kerana ramai penumpang tidak disenaraikan dalam senarai penumpang.

    Beliau berkata 58 orang berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat bersama terdiri dari pejabat mencari dan menyelamat, tentera, polis dan sukarelawan. – Bernama

    Gambar serahan Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) menunjukkan penyelamat meninjau kawasan mangsa bot laju karam di Indragiri Hilir, Ondonesia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda