Angka kematian COVID-19 mencecah hampir 1 juta

PARIS, 10 SEPT – Angka kematian akibat pandemik koronavirus di seluruh dunia telah mencecah 900,000 orang sejak penyakit pernafasan itu pertama kali dilaporkan muncul di China pada tahun lalu, menurut laporan AFP.

Ketika angka kematian meningkat, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengakui dia telah berusaha untuk meminimumkan tahap ancaman COVID-19 sejak ia bermula, dalam rakaman audio yang dikeluarkan kelmarin dari wawancara bersama wartawan vete-ran, Bob Woodward.

“Saya masih berusaha untuk terus mengekangnya, kerana saya tidak mahu menimbulkan rasa panik,” katanya dalam perbualan yang dirakam bersama Woodward.

Terdapat lebih daripada 27.7 juta kes virus yang disahkan di seluruh dunia, menurut kiraan AFP berdasarkan statistik rasmi, dengan wilayah

Amerika Latin dan Caribbean adalah yang paling teruk terjejas, diikuti oleh Eropah.

Sementara negara dengan kematian paling tinggi akibat koronavirus ialah Amerika Syarikat dengan melaporkan 190,000 kes, diikuti oleh Brazil. – AFP

Seorang pekerja perubatan dilihat melakukan pemeriksaan pengambilan sampel ujian COVID-19 di Ahmedabad, kelmarin. Angka kematian global mencecah 900,000 orang sejak penyakit pernafasan itu pertama kali muncul di China tahun lalu. – AP