Saturday, January 11, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian dalam kejadian tembakan beramai-ramai di Montenegro meningkat

    BELGRADE, 10 JAN – Salah seorang daripada empat individu yang cedera parah dalam insiden tembakan beramai-ramai di Montenegro pada Hari Tahun Baharu telah meninggal dunia kelmarin, menurut pegawai perubatan, membawa jumlah kematian kepada 13 orang setakat ini.

    Seorang lelaki berusia 45 tahun telah melepaskan tembakan di sebuah kedai minuman di bandar selatan Cetinje pada 1 Januari. 12 orang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, termasuk dua orang kanak-kanak. Empat orang lagi mengalami kecederaan.

    “Pesakit berusia 40 tahun telah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami dalam peristiwa tragis di Cetinje,” kata Pusat Klinikal Montenegro, hospital utama di ibu kota Podgorica dalam satu kenyataan.

    Penyerang itu juga dipercayai memiliki senjata haram, termasuk senjata api yang dirampas daripadanya pada tahun 2022.

    Lelaki bersenjata itu kemudiannya meninggal dunia selepas menembak dirinya sendiri di kepala apabila dikepung oleh pihak berkuasa selepas operasi memburu selama berjam-jam. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda