Friday, January 3, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian dalam letupan di Guinea meningkat kepada 23 orang

    CONAKRY, 22 DIS – Angka kematian akibat letupan di depot bahan api di Conakry ibu negara Guinea meningkat kepada 23 orang, manakala bilangan yang cedera meningkat kepada 241, lapor Sputnik memetik laporan portal berita Africaguinee pada kelmarin.

    Letupan pada Ahad itu berlaku di daerah Kaloum, pusat perniagaan dan pentadbiran Conakry yang juga merupakan lokasi istana presiden, kementerian-kementerian, kedutaan dan bank.

    Letupan itu menyebabkan kerosakan yang ketara ke atas gudang dan kediaman menyebabkan beratus-ratus orang dipindahkan, dengan akses ke kawasan itu kini terhad kepada pekerja perkhidmatan perubatan dan pasukan keselamatan.

    Daripada jumlah keseluruhan mangsa, 167 sudah dibenarkan pulang manakala 74 lagi masih di hospital, menurut laporan itu.

    Laporan itu memetik Menteri Pos, Telekomunikasi dan Ekonomi Digital Guinea Ousmane Gaoual Diallo sebagai berkata bahawa beliau menerima banyak laporan orang hilang, dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.

    Pada hari Isnin, media telah melaporkan 13 maut dalam letupan itu dan 178 lagi cedera. – Bernama

    Penduduk menyaksikan kepulan asap dari depot bahan api yang terbakar, di Conakry, Guinea, pada 18 Disember 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda