Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian Fani meningkat 42 orang

    NEW DELHI, 5 Mei – Angka kematian akibat siklon yang menghempas India dan Bangladesh hari ini meningkat kepada 42 orang ketika pasukan kecemasan bergegas untuk memperbaiki bekalan air dan jalan raya yang rosak teruk.

    Sebanyak 29 kematian dicatatkan di timur negeri India, Odisha manakala 13 lagi di Bangladesh, menurut pegawai di kedua-dua negara — jumlah kecil kematian berbanding yang pernah direkodkan pada kejadian siklon masa lalu.

    Siklon Fani melanda Odisha pada Jumaat, membawakan angin kencang sehingga 200kmsj sebelum kehilangan intensitinya ketika ia menuju ke Bangladesh.

    Kematian kebanyakannya berlaku di bandar Puri daripada kalangan penghijrah Hindu, kata pesuruhjaya bantuan khas, Bishnupada Sethi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda