Friday, April 18, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI – Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

    Menurut pihak berkuasa bandar Meizhou,  seramai 30 orang lagi sedang menerima rawatan di hospital setakat 5:30 pagi hari ini.

    Menurut pihak berkuasa, kecederaan dialami mereka tidak mengancam nyawa. 

    Insiden pada awal pagi Rabu juga mengakibatkan 23 kenderaan terperangkap dalam runtuhan itu. – Bernama

    Pemandangan udara bagi bahagian lebuh raya yang runtuh berhampiran Meizhou, di wilayah Guangdong, selatan China, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda