Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian runtuhan bangunan di Colombia meningkat

    BOGOTA, 30 April – Angka kematian akibat bangunan runtuh yang di bawah pembinaan di Cartagena, Colombia terus meningkat tatkala anggota penyelamat sedang melakukan operasi dalam runtuhan tersebut.

    Dewan Bandaraya kelmarin telah mengeluarkan bilangan terbaru mangsa, termasuk 18 orang maut dan 23 cedera, dengan sejumlah 41 orang telah diselamatkan.

    Kira-kira 16 mangsa yang cedera kekal dimasukkan ke hospital, Datuk Bandar Manuel Duque memberitahu kepada media tempatan.

    Semua mangsa dalam kemalangan tragis pada Khamis lalu merupakan pekerja binaan dan beberapa orang daripada mereka adalah warga Venezuela.

    Waran tangkap telah dikeluarkan untuk pemaju, dikenal pasti sebagai adik-beradik iaitu Mayra, Eduardo dan Wilfran Quiroz, yang dipercayai memalsukan permit bangunan.

    “Mereka tidak mempunyai permit untuk membina. Ia adalah satu permit palsu untuk menipu rakyat dan bandar,” kata Duque.

    Pendakwa Colombia berkata, adik-beradik Quiroz, yang tidak diketahui keberadaannya, kini dianggap sebagai pelarian. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda