Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Angka kematian runtuhan bangunan meningkat 34 orang

    TEHRAN, 31 MEI – Angka kematian daripada blok menara runtuh minggu lalu di barat daya Iran telah meningkat kepada 34 orang, media kerajaan melaporkan hari ini, ketika penyelamat meneruskan usaha-usaha mencari mangsa dalam serpihan runtuhan.

    Satu bahagian besar bangunan 10 tingkat, Metropol yang dalam pembinaan di jalan sibuk bandar Abadan, runtuh pada 23 Mei, menjadikan ia bencana paling dahsyat pernah berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    “Jumlah kematian kini 34 orang dengan penemuan satu lagi mayat pagi ini,” agensi berita IRNA memetik gabenor bandar, Ehsan Abbaspour sebagai berkata.

    Ia membawa kepada hanya empat orang yang belum dikira daripada 38 orang, yang menurut pihak berkuasa sebelum ini, hilang dalam runtuhan.

    Dalam masa beberapa minggu lalu, protes malam diadakan di Abadan dan bandar lain di wilayah Khuzestan, menuntut orang yang bertanggungjawab didakwa dan dihukum.

    Menurut pihak kehakiman wilayah, 13 orang telah diberkas berkaitan runtuhan itu, termasuk datuk bandar dan dua bekas datuk bandar. –AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...