MAPUTO, 23 DIS – Taufan Chido mengorbankan kira-kira 94 orang di Mozambique yang melanda Lautan Hindi minggu lalu, kata agensi pengurusan bencana negara itu kelmarin, di mana ia telah meningkatkan angka kematian sebelum ini sebanyak 76 orang.
Taufan itu, yang memusnahkan wilayah pulau Perancis Mayotte sebelum melanda tanah besar Afrika, turut memusnahkan 110,000 rumah di Mozambique, kata pegawai.
Ia melanda ketika selatan negara Afrika mengalami krisis pasca pilihan raya yang telah memecah-belahkan parti berkuasa sejak Mozambique merdeka daripada Portugal terhadap bantahan pihak pembangkang berhubung dakwaan penipuan pilhan raya.
Taufan itu melanda wilayah utara Cabo Delgado dengan tiupan angin kira-kira 260kmsj, dengan turunan hujan sekitar 250 milimeter dalam sehari.
Lebih 500,000 daripada 620,000 penduduk Mozambique terjejas akibat taufan itu menurut pakar menjadi lebih hebat akibat perubahan iklim yang didorong oleh manusia.
Di daerah Mecufi yang dilanda teruk, bumbung sebuah masjid telah tercabut akibat taufan berkenaan.
Calon presiden parti pemerintah, Frelimo Daniel Chapo yang menang di pada undian Oktober lalu telah dikecam oleh pihak pembangkang sebagai penipu semasa melawat kawasan yang terjejas kelmarin.
Kira-kira 130 orang telah terbunuh dalam protes terhadap kemenangan Chapo dalam pilihan raya yang menurut pemerhati antarabangsa dicemari oleh penyelewengan, menurut Plataforma Decide. – AFP