Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka kematian tragedi tembakan sekolah di Brazil meningkat

    BRAZIL, 28 NOV – Angka kematian akibat tragedi tembakan di sekolah di Brazil meningkat kepada empat orang semalam, selepas seorang lagi guru maut dalam serangan oleh penembak berusia 16 tahun yang memakai simbol Nazi.

    Pihak berkuasa di bandar Aracruz, di negeri Espirito Santo, berkata kira-kira 10 orang yang cedera, termasuk tiga guru dan seorang pelajar, berada dalam keadaan parah selepas serangan kelmarin.

    “Malangnya, tragedi Aracruz masih belum berakhir, dengan kekesalan yang mendalam, kami mengesahkan kematian seorang lagi mangsa iaitu guru Flavia Amboss Mercon,” kata Gabenor Negeri, Renato Casagrande, semalam di Twitter, yang turut mengisytiharkan tiga hari berkabung di Espirito Santo. – AFP

    Pegawai polis berdiri di pintu masuk Pusat Pendidikan Praia de Coqueiral, salah sebuah sekolah di mana insiden tembakan berlaku, di Arazruz Espirito Santo, Brazil. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda