Angka kes COVID-19 India cecah 5 juta

NEW DELHI, 16 SEPT – Jumlah keseluruhan kes jangkitan koronavirus di India telah melebihi lima juta kes hari ini, menurut data yang ditunjukkan oleh kementerian kesihatan, ketika pandemik semakin menular di seluruh bahagian negara dengan kadar yang pantas.

Dengan satu juta kes terbaharu dicatatkan hanya dalam masa 11 hari, menjadi rekod dunia, India kini mencatat 5.2 juta jangkitan. Hanya Amerika Syarikat yang mencatat lebih jangkitan, dengan 6.59 juta. India mencatatkan lonjakan kes harian terbesar di dunia buat seketika dan hari ini me-ningkat lebih 90,000 dengan merekodkan 1,290 kematian.

India mengambil masa hanya 167 hari untuk mencapai satu juta kes, dan mencatatkan satu juta kes lagi dalam tempoh 21 hari, lebih cepat dari AS dan Brazil, menurut Times of India.

Sementara itu, 29 hari kemudian, India menjadi negara ketiga selepas AS dan Brazil untuk mencatat lebih dari empat juta kes. India mengatasi Brazil pada awal bulan ini. Walaupun begitu, dengan India ketika ini membuat kira-kira satu juta ujian setiap hari, ramai pakar berkata ia masih tidak mencukupi dan angka sebenar jangkitan mungkin jauh lebih tinggi.

Majlis Penyelidikan Perubatan India, agensi pandemik utama di negara itu, mengatakan minggu lalu bahawa tinjauan mereka mendapati bahawa pada bulan Mei, 6.5 juta orang telah dijangkiti. – AFP

Penduduk India menunggu giliran untuk membuat ujian koronavirus. India mencatatkan lebih dari lima juta kes jangkitan koronavirus. – AFP