Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Angka korban akibat demam Lassa meningkat kepada 123

    ABUJA, 28 MAC – Angka kematian akibat demam Lassa di Nigeria tahun ini meningkat kepada 123 mangsa di tengah-tengah usaha kerajaan mengurangkan jangkitan di seluruh negara, menurut Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC) kelmarin.

    NCDC dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 659 kes demam Lassa telah direkodkan di seluruh negara Afrika Barat sejak Januari lalu.

    Daripada jumlah itu, 45 pengamal kesihatan turut dijangkiti antara Januari dan Mac, menurut agensi kesihatan awam itu. Kira-kira 91 kawasan tempatan di 23 negeri di Nigeria telah melaporkan kes jangkitan setakat ini, lapor Xinhua.

    Menurut NCDC, dengan jumlah kematian yang direkodkan setakat ini, kadar kematian bagi wabak demam Lassa adalah 18.7 peratus. Kumpulan utama yang terjejas setakat ini berumur antara 21 dan 30 tahun. NCDC memaklumkan bahawa pembawa virus Lassa adalah tikus spesis multimammate yang boleh ditemui di seluruh wilayah Afrika Barat, sambil menyeru negara-negara jiran terus berwaspada terhadap penularan penyakit itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -