Angka korban apartmen runtuh meningkat 43

LAGOS, NIGERIA, 5 NOV – Tujuh lagi mayat ditemui daripada bangunan apartmen pencakar langit yang runtuh semasa masih dalam pembinaan di Lagos, membawa jumlah kematian kepada 43, kata pegawai Palang Merah Nigeria.

Antara mereka yang terkorban ialah Femi Osibona, pengarah Rumah Fourscore, syarikat hartanah yang membina menara mewah 21 tingkat itu, beritahu Segun Akande kepada The Associated Press.

Tidak ada mangsa yang berjaya diselamatkan dari tapak berkenaan sejak Selasa.

Masih tidak diketahui jumlah orang yang masih hilang tetapi seorang pekerja pembinaan di tempat kejadian meramalkan 100 orang sedang bekerja di sana apabila ia runtuh pada Isnin, bermakna 48 orang mungkin masih hilang.

Kebanyakan pekerja pembinaan adalah muda dan berasal dari Benin, kawasan selatan Nigeria, menurut Ekene Iwuozor, yang bekerja di tapak itu.

Dia terlepas daripada kejadian itu kerana dia tidak pergi ke tempat kerja pada hari itu, tetapi abangnya yang berusia 25 tahun adalah antara yang hilang, katanya.

Pekerja di tapak pembinaan dibayar AS$5 sehari, katanya.

Tumpuan juga telah beralih kepada dua struktur pencakar langir yang sedang dibina dalam kompleks di mana kejadian berlaku.

Ujian keutuhan struktural telah diarahkan ‘untuk melindungi nyawa pekerja kecemasan yang sedang menjalankan operasi menyelamat,” kata gabenor Lagos Babjide Sanwo-Olu. – AP

Pekerja menyelamat mencari mangsa dalam runtuhan bangunan apartmen 21 tingkat yang runtuh di Lagos, Nigeria. – AP