Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka korban banjir di Afghanistan cecah 400 orang

    KABUL, 19 MEI – Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

    Jumlah itu termasuk 18 kematian dalam banjir baru-baru ini yang melanda wilayah Faryab, bersempadan dengan Turkmenistan.

    Jurucakap Gabenor Faryab, Ismetullah Muradi mengesahkan jumlah kematian itu dan menambah lebih 2,000 hektar tanah pertanian telah musnah, lebih 1,000 rumah rosak dan lebih 300 haiwan hilang.

    Banjir sebelumnya di wilayah Ghor meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa, dengan puluhan lagi dilaporkan hilang.

    Minggu lalu, hujan lebat telah menyebabkan kerugian besar di utara Afghanistan, terutamanya di wilayah Baghlan, Badakhshan dan Takhar.

    Salji musim sejuk yang mencair, ditambah dengan hujan lebat dan infrastruktur yang tidak mencukupi, membawa kepada banjir tahunan di Afghanistan, menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda yang ketara. – Bernama

    Gambar menunjukkan seorang lelaki Afghanistan mengutip barang-barangnya dari rumahnya yang rosak selepas banjir besar di wilayah Ghor di barat Afghanistan pada 18 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda