Monday, July 14, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka korban banjir di Nigeria meningkat kepada 36

    KANO, 30 MEI – Angka kematian akibat banjir kilat di Nigeria tengah meningkat kepada 36 orang selepas pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan kepada AFP hari ini.

    Banjir selepas hujan lebat Rabu lalu menenggelamkan lebih 50 buah rumah di bandar Mokwa di tengah negeri Niger, menjejaskan penduduk dengan ramai yang hilang, menurut agensi pengurusan kecemasan (SEMA) negeri Niger.

    “Sehingga pagi ini, 11 lagi mayat ditemui selain 25 yang ditemui sebelum ini, membawa jumlah kematian setakat ini kepada 36 orang,” kata jurucakap SEMA, Ibrahim Audu Husseini.

    Pasukan penyelamat terus berusaha mencari penduduk yang hilang sehingga hari ini.

    “Kami menjangkakan jumlah korban akan meningkat dengan ketara kerana terdapat usaha penyelamatan dilakukan di lokasi yang berbeza,” kata Husseini.

    Musim hujan di Nigeria, yang biasanya berlaku selama enam bulan, baru sahaja bermula untuk tahun ini.

    Para saintis memberi amaran perubahan iklim telah mengakibatkan keadaan cuaca yang lebih ekstrem. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda