HOUSTON, 10 JULAI – Banjir dahsyat pada 4 Julai di tengah Texas telah meragut sekurang-kurangnya 119 nyawa setakat pagi kelmarin, dengan angka korban dijangka terus meningkat, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Syerif Daerah Kerr, Larry Leitha mengesahkan sekurang-kurangnya 161 orang masih hilang di daerah paling teruk terjejas banjir itu, termasuk lima kanak-kanak perempuan dan seorang kaunselor.
Gabenor Texas, Greg Abbott pada Selasa malam berkata sekurang-kurangnya 173 orang masih belum dapat dikesan di seluruh negeri itu.
Beliau telah mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang sehingga matahari terbit pada 14 Julai bagi menghormati mangsa. – Bernama
