NEW DELHI, 24 OKT – Angka kematian akibat kebakaran bas di lebuh raya negeri Andhra Pradesh, selatan India meningkat kepada 25 orang hari ini.
Menurut polis, bas yang membawa 42 penumpang dari Hyderabad ke Bengaluru itu terbakar selepas bertembung dengan sebuah motosikal di daerah Kurnool.
“Saya amat terkejut apabila menerima berita mengenai tragedi kebakaran bas berhampiran kampung Chinna Tekur di daerah Kurnool.
“Ucapan takziah saya tujukan kepada keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang.
“Kerajaan akan memberikan segala bantuan sewajarnya kepada mereka yang terlibat,” kata Ketua Menteri Andhra Pradesh, N. Chandrababu Naidu di platform media sosial X. – Bernama


