Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka korban bencana cecah 51 orang

    KATHMANDU, 7 OKT – Angka kematian akibat bencana yang dicetuskan oleh hujan lebat di Nepal meningkat kepada 51 orang, lapor agensi kerajaan hari ini.

    Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional dalam satu kenyataan, 38 mangsa maut akibat tanah runtuh, 10 akibat banjir dan tiga lagi akibat dipanah petir.

    Enam orang masih hilang, termasuk lima yang dihanyutkan banjir, manakala 47 lagi cedera, menurut kenyataan itu. Agensi keselamatan yang diketuai oleh Tentera Nepal menyelamatkan 1,337 orang di 15 daerah, menurut tentera.

    Infrastruktur di Nepal, termasuk lebuh raya dan stesen janakuasa hidroelektrik, turut rosak akibat bencana yang berpunca daripada hujan berterusan sejak petang Jumaat lepas. – Bernama 

    Anggota tentera Nepal membawa mangsa yang terselamat selepas banjir di daerah Jhapa, timur Nepal, pada 5 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda