Thursday, May 9, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Angka korban di Gaza terus meningkat

    GAZA, 25 FEB – Seramai 86 lagi rakyat Palestin maut manakala 131 cedera di Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam yang lepas.

    Ini menjadikan jumlah korban akibat serangan rejim Israel sejak 7 Okt lepas meningkat kepada 29,692 manakala 69,879 individu lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza,  lapor agensi berita WAFA.

    Sementara itu, ambulans dan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai ke lokasi serangan dan banyak mayat masih tertimbus di bawah runtuhan atau terbiar di jalan raya ketika tentera Zionis terus menyasarkan kakitangan pertahanan awam dan anggota perubatan.

    Pencerobohan Israel ke atas Gaza mengakibatkan 85 peratus penduduknya hilang tempat tinggal di tengah-tengah ancaman kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan dan 60 peratus daripada infrastruktur rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Buat kali pertama sejak Mahkamah Keadilan Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1948, Israel telah dituduh melakukan genosid.- Bernama

    Penduduk Palestin melarikan diri dari kediaman mereka selepas pengeboman oleh tentera Israel.- AFP   

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...