Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka korban Gaza meningkat kepada 39,145

    ANKARA, 24 JULAI – Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 39,145 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu, hari ini.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan kira-kira 90,257 orang lagi cedera dalam serangan itu, lapor agensi Anadolu.

    “Tentera Israel membunuh 55 orang dan mencederakan 110 yang lain dalam tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Gaza dalam tempoh 24 jam lepas.

    “Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat,” kata kementerian.

    Israel yang mengabaikan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata segera, telah menghadapi kecaman antarabangsa berikutan serangan kejam yang berterusan di Gaza.

    Konflik Israel-Hamas lebih sembilan bulan mengakibatkan kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. – Bernama

    Seorang lelaki menenangkan seorang wanita yang cedera selepas pengeboman Israel di kem pelarian al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza pada 23 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda