Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Angka korban gempa Turkiye cecah 43,556

    WASHINGTON, 23 FEB – Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye pada 6 Februari kini meningkat kepada 43,556 nyawa, kata Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu pada Rabu.

    Soylu membuat kenyataan itu ketika bersiaran langsung di Hatay, antara 11 wilayah yang dilanda gempa bumi.

    Kerajaan memerlukan tempoh masa tertentu untuk bertindak balas apabila berhadapan dengan situasi 26,000 kediaman runtuh dalam satu jam pertama dan malapetaka itu melanda kawasan seluas 110,000 kilometer persegi.

    Gempa bumi yang berpusat di Kahramanmaras turut menjejaskan 10 wilayah lain iaitu Hatay, Gaziantep, Adıyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye, Sanliurfa dan Elazig. – Bernama

    Sebuah bangunan yang rosak kelihatan condong ke rumah sebelah selepas gempa di Samandag, selatan Turkiye pada 22 Februari 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...