Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka korban lombong jed runtuh di Myanmar meningkat kepada 22

    YANGON, 15 JAN – Sebanyak 22 mayat dijumpai setakat kelmarin susulan tragedi runtuhan di sebuah lombong jed di negeri Kachin, utara Myanmar, menurut seorang pegawai polis kepada Xinhua.

    Sebanyak 13 mayat ditemukan pada Isnin, manakala sembilan lagi dijumpai kelmarin, kata pegawai polis itu sambil menambah usaha menyelamat masih diteruskan hari ini.

    Kejadian yang berlaku pada Isnin di kawasan perlombongan di daerah Hpakant turut mengakibatkan 57 rumah tertimbus. – Bernama

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda