Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka korban meningkat kepada 20 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah

    JAKARTA, 22 JAN – Angka korban akibat tanah runtuh di wilayah Jawa Tengah, Indonesia, meningkat kepada 20 orang, menurut menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

    Hari ini, pasukan penyelamat yang dibantu pihak polis dan tentera berjaya menemui tiga lagi mayat di lokasi kejadian.

    Ketua BNPB, Suharyanto, yang melawat lokasi kejadian, memaklumkan bahawa tujuh orang masih dilaporkan hilang dan 13 mangsa mengalami kecederaan.

    Lebih daripada 100 penduduk kini berlindung di pusat penempatan sementara.

    Hujan lebat di Pekalongan, sebuah bandar di wilayah tersebut, mencetuskan tanah runtuh yang dahsyat kelmarin.

    Indonesia kerap berdepan bencana hidrometeorologi semasa musim hujan.

    Pada November lalu, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik telah memberi amaran bahawa negara itu telah memasuki musim hujan dengan intensiti hujan dijangka meningkat sebanyak 20 hingga 40 peratus akibat fenomena La Nina, yang biasanya membawa keadaan lebih lembap. – Xinhua

    Para pekerja sedang membersihkan jalan akibat tanah runtuh berikutan banjir kilat di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda