Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka korban meningkat susulan hujan lebat di Guinea

    CONAKRY, 1 OGOS – Kira-kira tujuh orang telah dilaporkan maut di bandar Guinea, Conakry, akibat hujan lebat yang melanda sepanjang malam, menurut kenyataan kerajaan kelmarin.
     
    Sebelum ini, perkhidmatan perlindungan awam bandar itu telah memaklumkan kepada AFP, sebanyak 10 orang telah terkorban dan kira-kira tiga lagi masih hilang.
     
    Beberapa bangunan runtuh ketika hujan turun dengan lebat, menyebabkan penduduk terperangkap dalam banjir, menurut media tempatan dan saksi kejadian.
     
    Seorang penduduk, Benjamin Kamano memberitahu kepada AFP bagaimana tiga orang anaknya dan ibu mereka terbunuh apabila sebahagian daripada rumah mereka runtuh dan mereka dihanyutkan arus banjir.
     
    “Saya dengar anak-anak menjerit meminta tolong. Saya bangun dengan cepat dan mendapati diri saya berada dalam air. Tiada sesiapa di bilik anak-anak. Saya sedar mereka telah tiada kerana tangisan mereka telah terhenti,” ujarnya.
     
    Kematian terbaharu setakat ini telah meningkat menjadi 15 korban yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada awal minggu ini, akibat banjir yang melanda negara Afrika Barat itu sejak akhir Jun lalu.
     
    Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan dan Bencana Kemanusiaan Kebangsaan Guinea, Lancei Toure, memberitahu AFP pada Selasa, banjir di kawasan bandar semakin buruk disebabkan pembinaan tidak terkawal dan longkang yang tersumbat. – AFP
     
    Seorang penduduk berjalan melepasi runtuhan dinding akibat banjir di kawasan kejiranan Soumabossia, Conakry pada 31 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda