Khamis, November 20, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka korban meningkat susulan Taufan Kalmaegi di Filipina

    CEBU, 5 NOV – Angka korban akibat Taufan Kalmaegi di tengah Filipina meningkat melebihi 100 orang hari ini, apabila kesan kemusnahan di wilayah Cebu semakin jelas selepas banjir paling dahsyat dalam ingatan penduduk.

    Banjir yang digambarkan sebagai luar biasa itu telah melanda bandar dan pekan di wilayah tersebut sehingga menghanyutkan kereta, rumah setinggan tepi sungai, malah kontena penghantaran bersaiz besar.

    Jurucakap Cebu, Rhon Ramos berkata kepada AFP, 35 mayat telah ditemui di kawasan banjir di Liloan, sebuah bandar yang merupakan sebahagian daripada kawasan metro bandar Cebu dan menjadikan jumlah korban seramai 76 orang.

    Di samping itu, di Pulau Negros, kira-kira 12 orang telah maut dan 12 lagi hilang selepas hujan lebat akibat taufan Kalmaegi yang menyebabkan aliran lumpur gunung berapi menenggelamkan rumah di bandar Canlaon, kata Leftenan Polis Stephen Polinar.

    “Letusan Gunung Kanlaon sejak tahun lalu telah meletakkan bahan gunung berapi di bahagian atasnya. Apabila hujan turun, bahan itu mengalir ke kampung-kampung,” katanya kepada AFP.

    Manakala, hanya satu kematian di Negros yang dimasukkan dalam angka kerajaan sebelum ini yang menyenaraikan sebanyak 17 kematian di luar Cebu, termasuk enam anak kapal helikopter tentera yang terhempas semasa misi bantuan taufan. – AFP

    Gambar ini menunjukkan rumah-rumah yang rosak selepas dilanda Taufan Kalmaegi di Talisay, wilayah Cebu, Filipina pada 5 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda