Sunday, November 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angka korban tanah runtuh meningkat

    BEIJING, 13 OGOS – Jumlah kematian akibat tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di pinggiran kota barat China, Xi’an, meningkat kepada 21 orang hari ini dan pasukan penyelamat masih mencari enam orang yang hilang, menurut pihak berkuasa.

    Tanah runtuh dan banjir kilat kelmarin petang juga merosakkan sebuah jalan raya dan memutus bekalan elektirk kepada 900 buah rumah, menurut Biro Pengurusan Kecemasan Xi’an di laman media sosialnya. Ia berkata sebanyak 980 orang pasukan penyelamat dengan anjing pengesan sedang mencari mangsa.

    Sebahagian wilayah China menghadapi hujan lebat dan banjir setiap musim panas, tetapi tahun ini keadaan luar biasa dan lebih teruk terjadi di beberapa kawasan, manakala kawasan lain menghadapi kemarau yang merosakkan tanaman. Pihak berkuasa sebelum ini melaporkan 142 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh pada bulan Julai. -AP

    Dalam gambar yang dikeluarkan oleh agensi berita Xinhua, gambar udara menunjukkan kesan selepas tanah runtuh di kampung Weiziping di kawasan perbandaran Luanzhen di pinggiran daerah Chang’an, Xi’an, di Wilayah Shaanxi barat laut China pada Sabtu, 12 Ogos 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda