Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

Angka korban tanah runtuh meningkat 33

BOGOTA, 6 DIS – Angka kematian akibat tanah runtuh di lebuh raya di Colombia pada Ahad lalu kini meningkat kepada 33 orang, kata Menteri Dalam Negeri Colombia, Alfonso Prada.

Dalam kejadian di Lebuhraya Pereira-Quibdo itu, tanah runtuh telah menimbus sebuah bas yang membawa penumpang dari Cali ke Condoto serta sebuah kereta dan motosikal, lapor Xinhua.

“Kami telah kenal pasti 33 mangsa terkorban termasuk tiga kanak-kanak. Sembilan berjaya diselamatkan, empat daripada mereka kini dalam keadaan kritikal,” kata Prada.

Kakitangan Unit Pengurusan Risiko dan Direktorat Transit dan Kementerian Pengangkutan serta polis dan tentera bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan misi menyelamat, kata beliau.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa merancang untuk mengisytiharkan amaran maksimum di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi bencana berkaitan cuaca di tengah-tengah gelombang sejuk yang dijangka berterusan selama beberapa bulan lagi, kata Prada. – Bernama

Pemandangan udara menunjukkan runtuhan tanah di kawasan El Ruso, bandar Pueblo Rico di barat laut Bogota, Colombia pada 5 Disember 2022. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -