Penyanyi rap Bhad Bhabie mengejutkan peminat apabila berkongsi foto matanya dalam keadaan lebam dipercayai dipukul teman lelakinya.
Tidak hanya itu, Bhad turut memuat naik video berdurasi 20 saat memperlihatkan kekasihnya iaitu Le Vaughn atau LV menolak dan memukulnya di perkarangan rumah mereka, dedah mStar.
Bhad atau Danielle Marie Bregoli, 21, mendakwa kejadian sekitar pukul 4 pagi pada 30 Jun lalu itu tercetus apabila LV mahu mengambil anak perempuan mereka daripadanya.
Ini kerana kata Bhad, LV mahu menuntut hak penjagaan terhadap anak mereka iaitu Kali Love yang baru berusia empat bulan.
“Dia mahu mengambil anak perempuan kami daripada saya! Buatlah apa yang awak mahu, cubalah ambil anak saya kalau berani,” katanya.
Bagaimanapun, tidak lama selepas membuat pendedahan itu, Bhad bertindak memadam kesemua hantaran termasuk foto dan video dia dikasari LV.
Untuk rekod, Bhad dan LV mula menjalinkan hubungan cinta sejak Julai 2020 namun mereka didakwa sudah berpisah pada Mei lalu. – Agensi


