Wednesday, March 19, 2025
27.9 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Angkara Khurafat

5 tahunBANDAR SERI BEGAWAN, 4/5 Februari 2012 – Sepasang anak baju berwarna hitam bertulis Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas dan Surah Al-Falaq serta beberapa tulisan atau ukiran Hindu dan wafaq berwarna keemasan adalah salah satu daripada tiga benda yang dipercayai perbuatan sihir yang telah dijumpai seorang pembaca meter elektrik sekitar pukul 8 pagi di salah sebuah pejabat syarikat guaman di daerah ini.

Dua lagi benda yang diletakkan bersusun dan sebaris dengan anak baju hitam berkenaan adalah rantai tangkal azimat yang sudah lusuh dan kain ikat kepala berwarna hitam, yang juga dipenuhi dengan simbol dan tulisan-tulisan jawi warna keemasan termasuk perkataan ‘Muhammad’ dan ‘Mikail’.

Penemuan itu seolah-olah menjawab fenomena kejadian yang menimpa tiga orang rakan kongsi syarikat guaman terbabit yang mengalami lemah-lemah badan dan rasa malas hendak datang bekerja ke pejabat dan hanya membuat kerja di rumah sahaja.

Berikutan dengan penemuan berkenaan, salah seorang rakan kongsi syarikat guaman berkenaan telah menghubungi Ustaz Haji Abu Qasim Haji Ismail yang merupakan seorang pengamal dan perawat perubatan Islam Darusysyifa ‘ Warrafahah.

Beliau bersama dengan seorang rakannya telah ‘menguruskan’ tiga bendak dipercayai mengandungi sihir itu, dengan memasukkan ketiga-tiganya ke dalam satu bekas dan kemudiannya dijirus dengan air Yaasin, hasil bacaan 40 orang ahli Darusysyifa ‘ Warrafahah, sambil diiringi dengan bacaan-bacaan zikir tertentu.

m9 A (3) NEW_040217

Ketika upacara ‘pembersihan’ itu berlangsung, semua yang berada di dalam bilik itu berdiri kaku dan senyap, hanya sekadar menyaksikan perbuatan Ustaz Haji Abu Qasim dan rakannya itu.

Setelah selesai dijirus, Ustaz Haji Abu Qasim pun menutup bekas berkenaan dan mencadangkan dua kaedah yang perlu dilakukan dan mencadangkan dua kaedah yang perlu dilakukan ke atas tiga benda ganjil berkenaan iaitu sama ada membakarnya atau membuangnya ke laut.

Dalam temu bual eksklusif bersama Media Permata, salah seorang peguam syarikat guaman berkenaan menyatakan tujuan beliau memanggil Ustaz Haji Abu Qasim datang adalah untuk menghapuskan sihir yang mungkin terdapat di dalam tiga benda ganjil itu.

Menurut peguam itu lagi, kabinet yang menempatkan meter elektrik itu terletak di dalam sebuah bilik mesyuarat terbesar daripada lima buah bulik seumpananya di dalam pejabat syarikat guaman itu, yang digunakan oleh para peguam untuk berbincang dengan para pelanggan syarikat.

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda