Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angkasawan AS, India, Poland dan Hungary selamat mendarat ke bumi

    WASHINGTON, 15 JULAI – Sebuah kapsul SpaceX yang membawa kru antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS), India, Poland dan Hungary telah mendarat di luar pesisir California hari ini setelah menamatkan Misi Axiom 4 (Ax-4) selama 20 hari di angkasa lepas.

    Kapsul misi Axiom 4 (Ax-4) itu berlepas dari ISS pada jam 7:15 pagi, memulakan perjalanan selama 22.5 jam sebelum dijangka mendarat di Lautan Pasifik pada jam 5:31 pagi tadi.

    “Terima kasih atas perjalanan yang hebat ini, gembira dapat pulang,” kata Komander Peggy Whitson, bekas angkasawan NASA yang kini bersama Axiom Space.

    Turut serta dalam penerbangan pulang itu ialah juruterbang Shubhanshu Shukla dari India, serta dua pakar misi masing-masing dari Poland, Slawosz Uznanski-Wisniewski dan Tibor Kapu dari Hunagry.

    Axiom Space merupakan syarikat swasta yang mengendalikan misi ke ISS, termasuk membawa angkasawan tajaan kerajaan negara luar serta individu berkemampuan yang ingin ke angkasa lepas.

    Misi itu membawa makna besar buat India, Poland dan Hungary, memandangkan ia merupakan kemunculan semula mereka dalam penerbangan angkasa lepas selepas puluhan tahun. Mereka menjalankan kira-kira 60 eksperimen saintifik sepanjang berada di ISS.

    Bagi India, penyertaan Ax-4 adalah langkah strategik dalam persediaan melancarkan misi angkasa pertama negara itu yang dijadualkan pada 2027 menerusi program Gaganyaan (kenderaan langit). – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda