LOS ANGELES, 13 SEPT – Angkasawan NASA Frank Rubio telah mencipta rekod baharu penerbangan kapal angkasa paling lama di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), kata agensi itu kelmarin, lapor Xinhua.
Rubio pada Isnin mengatasi rekod penerbangan angkasa tunggal NASA selama 355 hari secara berterusan di orbit, yang dibuat oleh Mark Y. Vande Hei pada 30 Mac 2022.
Angkasawan itu dijangka kembali ke bumi pada 27 September apabila beliau akan menghabiskan 371 hari di angkasa, kata NASA. – Bernama
