LOS ANGELES, 31 MEI – Kapal angkasa Dragon SpaceX yang membawa empat angkasawan persendirian Axiom Space selamat pulang ke Bumi sekali gus menamatkan misi angkasawan persendirian kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor Xinhua.
Kapal angkasa Dragon berlepas dari ISS pada 11.05 pagi Waktu Timur (1605 GMT) pada Selasa. Selepas kira-kira 12 jam perjalanan, kapal angkasa itu memasuki semula atmosfera Bumi dan jatuh di luar pantai Florida pada 11.04 malam Waktu Timur (0404 GMT Rabu).
Kapal angkasa itu yang berlepas dari stesen angkasa lepas Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 21 Mei, membawa angkasawan Peggy Whitson, John Shoffner, Ali Alqarni dan Rayyanah Barnawi.
Empat angkasawan persendirian Axiom Space selamat pulang ke Bumi, sekali gus menamatkan misi angkasawan persendirian kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).