Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angkasawan wanita AS bakal catat rekod baharu

    MOSCOW, 16 April – Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Christina Cook akan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kira-kira setahun, sekali gus bakal mencatat rekod terbaharu wanita tinggal paling lama di ruang angkasa, lapor agensi berita Sputnik.

    “Christina Cook akan kembali ke bumi bersama dengan angkasawan Rusia, Alexander Skvortsov dan angkasawan Itali Luca Parmitano dan berada di ruang angkasa (selama) 392 hari atau 11 bulan,” memetik sumber agensi angkasa.

    Rekod baharu bakal dicipta Cook itu mengetepikan rekod lama dicatatkan angkasawan AS, Peggy Whitson, yang menghabiskan masa 289 hari pada 2016-2017. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda