Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angkasawan wanita catat sejarah baru

    MIAMI, 30 Mac – Angkasawan Amerika, Peggy Whitson melakar sejarah hari ini apabila beliau melakukan apungan di luar Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), memecahkan rekod bagi perjalanan angkasa paling banyak oleh seorang wanita.

    Whitson, 57, membuat karier perjalanan angkasanya yang ke-8, mengatasi rekod tujuh sebelumnya dipegang oleh warga Amerika, Suni Williams.

    Perjalanan angkasa itu biasanya ber-mula pada jam 7:29 pagi (1129 GMT) apabila Whitson bersama rakannya NASA, Shane Kimbrough menukar sut angkasa mereka kepada kuasa bateri sebelum melakukan jelajah di luar sendat udara dan masuk ke ruang vakum angkasa.

    “Jaga diri dan selamat menikmati masa anda,” kata astronaut Perancis, Thomas Pesquet ketika hac itu dibuka.

    Imej statik yang diambil dari NASA menunjukkan Peggy Whitson semasa melakukan perjalanan angkasa di ISS pada 30 Mac. – AP
    Imej statik yang diambil dari NASA menunjukkan Peggy Whitson semasa melakukan perjalanan angkasa di ISS pada 30 Mac. – AP

    “Saya akan menunggu anda.”

    Matlamat jelajah angkasa selama enam jam setengah itu dijangka terus meningkatkan prestasi Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa bagi ketibaan kapal angkasa komersial dalam masa bertahun-tahun akan datang.

    Jelajah hari ini itu adalah yang kedua dalam siri daripada tiga jelajah untuk melengkapi ruang luar pos kawalan orbit dengan tempat parkir bagi teksi generasi baru angkasa lepas yang membawa angkasawan ke stesen.

    SpaceX dan Boeing pada masa ini mereka kenderaan kru yang akan mula menerbangkan orang awam ke ISS seawal tahun depan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda