Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angkat berat: Muhammad raih emas Kategori 79kg

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Muhammad bin Haji Kamit muncul juara bagi Kategori 79 kilogram (kg) lelaki setelah berjaya mengangkat sejumlah 256kg pada Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Brunei yang berlangsung hari ini di Sekolah Sukan.

    Pingat perak dalam kategori itu dimenangi Ethan Ji Fung Lam, yang mengangkat keseluruhan 234kg dalam gabungan Snatch, Clean dan Jerk.

    Sementara itu, peserta tunggal dalam Kategori 88kg lelaki, Corbyn Ling Ke Bing, dianugerahkan pingat emas dengan mengangkat seberat 130kg.

    Dalam Kategori 94kg lelaki, Mickey Lim Seng Wei merangkul pingat emas dengan mengangkat seberat 180kg. Pesaing terdekatnya, Rofizal bin Afandi, mencatatkan jumlah angkatan seberat 176kg untuk meraih perak, manakala pingat gangsa menjadi milik Awangku Mohd Abdul Syazwan Azizan bin Pengiran Haji Abdullah dengan mengangkat 172kg.

    Manakala Mohammad Felipe Balik Porciuncula memenangi pingat emas dalam Kategori 94kg dan ke atas lelaki dengan mengangkat keseluruhan 161kg. Mohammad Wa’ie Hijazi bin Mohamad Hilhamd meraih pingat perak, Ahmad Musaddiq Mohammad menduduki tempat ketiga dengan pingat gangsa.

    Aksi Muhammad semasa kejohanan itu. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Tom Liaw dan Muhd Hadi Dinie bergambar ramai bersama Muhammad dan Ethan Ji Fung Lam di atas podium. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Corbyn Ling Ke Bing bergambar ramai dengan Tom Liaw dan Muhd Hadi pada kejohanan tersebut. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Mickey Lim Seng Wei semasa menerima pingat emas pada kejohanan berkenaan. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Dr Sirilak Thatman dan Muhd Hadi Dinie bergambar ramai bersama pemenang bagi Kategori 94kg Lelaki. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Dr Sirilak Thatman dan Muhd Hadi Dinie bergambar ramai bersama pemenang penamat bagi Kategori Lelaki 94kg dan ke atas. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Tom Liaw dan Muhd Hadi bergambar ramai bersama para pemenang pada kejohanan itu. – GAMBAR OLEH JAMES KON

    Hadir menyempurnakan penyampaian pingat kepada para pemenang ialah Presiden Persekutuan Angkat Berat Singapura, Tom Liaw; dan Ahli Lembaga Eksekutif Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa, Dr Sirilak Thatman.

    Turut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Angkat Berat Kebangsaan Brunei, Muhd Hadi Dinie bin Haji Abdul Rahman dan para penyokong peserta yang mengambil bahagian.

    Sebanyak enam kategori wanita dan tujuh kategori lelaki dipertandingkan sepan-jang kejohanan dua hari itu, melibatkan 32 peserta daripada lebih 10 pasukan yang bertanding terdiri daripada kelab swasta dan Sekolah Sukan Brunei.

    Antara matlamat pertandingan tersebut adalah untuk menarik minat terhadap sukan angkat berat di negara ini, memberi pendedahan tentang suasana kejohanan dan seterusnya memajukan sukan itu di peringkat tempatan.

    Kejohanan itu juga menjadi platform penilaian kepada peserta Kursus Teknikal Angkat Berat sebelum ini dan sebagai persediaan untuk mengenal pasti atlet yang berpotensi mewakili Brunei dalam pertan-dingan serantau dan antarabangsa. Ia juga menawarkan platform untuk persaingan sihat dan mengeratkan hubungan dalam kalangan pasukan yang dijemput.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda