Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Angkor Wat tarikan pelancongan ke-12 terbaik dunia

    PHNOM PENH, 30 JUN – Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet mengumumkan Angkor Wat telah dinobatkan sebagai tarikan pelancongan ke-12 terbaik di dunia oleh TripAdvisor’s Traveler Choice Awards 2024.

    Pengumuman tersebut dibuat menerusi teks yang dimuat naik di saluran Telegram rasmi beliau, bersama dengan gambar Angkor Wat.

    Menurut laman web TripAdvisor, Angkor Wat merupakan salah satu keajaiban dunia dengan seni bina dan ukiran yang kompleks.

    “Kuil kuno ini memukau pelancong dari seluruh dunia dengan seni binanya yang indah dan mengagumkan, patung mewah dan sejarah yang kaya,” menurut kenyataan Kementerian Pelancongan Kemboja.

    Angkor Wat adalah salah satu kuil utama di Taman Arkeologi Angkor yang tersenarai dalam Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di wilayah barat laut Siem Reap. Taman seluas 401 kilometer persegi itu menempatkan 91 kuil kuno yang dibina dari abad ke-9 hingga abad ke-13.

    Destinasi pelancongan popular itu telah menarik 472,258 pelancong antarabangsa dalam lima bulan pertama tahun 2024, meningkat 37 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan dari Angkor Enterprise milik negara.

    Tapak itu berjaya menjana pendapatan sebanyak AS$22.2 juta hasil daripada jualan tiket sepanjang tempoh Januari hingga Mei, meningkat 38 peratus berbanding tahun sebelumnya. – Xinhua

    Para pelancong melawat Angkor Wat di wilayah Siem Reap, Kemboja. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda