Monday, November 28, 2022
31.8 C
Brunei

-

Animasi Mechamato tawan peminat Jepun

Siri animasi Mechamato yang ditayangkan di platform penstriman Netflix sejak awal bulan lalu bukan sahaja meraih perhatian penonton tempatan, malah diikuti peminat di Jepun.

Menerusi laman Twitter, peminat di Negara Matahari Terbit itu tidak putus-putus memuat naik komen memuji dan memberikan reaksi positif terhadap animasi yang dihasilkan syarikat tempatan, Animonsta Studios Sdn Bhd atau Monsta.

Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Monsta, Faiz Zainal Aabidin, berkata, pihaknya berbangga siri berkisarkan Mechamato yang juga ayah kepada animasi popular, BoBoiBoy tersebut mendapat perhatian peringkat global.

“Ternyata, siri animasi yang bercirikan elemen nusantara dan global sudah berjaya menambat hati penonton dari dalam dan luar negara.

“Jika dahulu, penonton disajikan dengan animasi dari Jepun yang dialihkan ke bahasa Melayu. Kini, tiba pula giliran animasi Malaysia dialih ke bahasa luar,” katanya kepada HIP.

Siri animasi Mechamato ditayangkan di platform penstriman Netflix menarik perhatian peminat di Jepun. – Agensi

Dengan kejayaan itu, Faiz berkata, harapan membawa animasi tempatan ke peringkat global menjadi kenyataan.

“Kami berharap dapat mempromosikan kepelbagaian budaya, makanan dan tradisi ke seluruh dunia menerusi Mechamato,” katanya.

Siri Mechamato musim satu kini boleh ditonton di Netflix dalam enam jenis bahasa berbeza iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Jepun, Korea, Mandarin dan Thailand.

Turut tersedia, tujuh jenis sari kata berbeza seperti Tagalog dan Indonesia.

Siri Mechamato turut ditayangkan di stesen televisyen, TV9 sejak 3 Oktober lalu, setiap Isnin dan Selasa pada jam 6 petang.

Tidak hanya itu, peminat boleh menonton di TV3 mulai 4 Disember depan, manakala peminat di Indonesia boleh menonton menerusi saluran MNCTV (17 Oktober) dan Vidio (21 Oktober).

Terdahulu, siri Mechamato ini berjaya menawan hati lebih 20 negara di Asia Pasifik.

Menerusi saluran Cartoon Network Asia Pasifik, siri Mechamato ini mendapat perhatian peminat animasi di Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Australia, New Zealand dan Portugal. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -