Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Animator Scooby-Doo meninggal dunia

    Animator dan pengarah siri kartun lagenda kelahiran Australia, Ron Campbell meninggal dunia pada usia 81 tahun, Jumaat lalu.

    Campbell yang dilahirkan pada 26 Disember 1939, memulakan kerjayanya pada tahun 1958 dan mula dikenali menerusi siri kartun arahannya, The Beatles yang cukup popular ketika disiarkan di kaca TV sekitar tahun 1965-1969. Kerjayanya semakin menyinar apabila berhijrah ke Amerika Syarikat dan berjaya menghasilkan deretan siri kartun kegemaran ramai seperti Yellow Submarine, The Flintstones, The Smurfs, The Jetsons, Scooby-Doo, Where Are You dan banyak lagi.

    Campbell bersara daripada dunia animasi pada tahun 2008 dan banyak menghasilkan lukisan berdasarkan watak-watak kartun yang sinonim dengan dirinya. Lebih lima dekad aktif sebagai seorang animator, karya-karya Campbell akan terus dikenang dan menjadi nostalgia kepada kebanyakan peminat dan penonton yang membesar dengan siri kartun yang dihasilkannya. – Agensi

    Campbell dikenali menerusi siri kartun arahannya, The Beatles yang cukup popular sekitar tahun 1965-1969. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda