Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anime Fest meriah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 DIS – Ada yang mengenakan kostum cosplay dan ada yang kelihatan teruja menyaksikan banyak karakter animasi yang dipamerkan pada Anime Fest di Kompleks Membeli-belah Aman Hills hari ini.

    Acara yang bermula kelmarin anjuran kompleks membeli-belah itu telah menghimpunkan para peminat animasi bersama keluarga dan rakan-rakan dalam festival yang julung kali diadakan oleh Kompleks Membeli-belah Aman Hills.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, festival menjadi platform bagi para vendor dan artis tempatan memaparkan dan menjual karya seni, barang dagangan, mainan, barang koleksi dan seni serta kraf tangan mereka.

    Antara vendor-vendor yang terlibat ialah Coffeesipsart, Thesimpsters.bn, Stuffed_anime, Blveshopstation, Bonelessart, Azuazucrafts, Kimzcheze, Alkylart, Ddk_1904, Pebbleychan, Unigiri.bn, Otakucorner.bn, Kanozey, Foxxojunk, Inkedbyhopebn, Ameeyume, Hennaerii, Martian.depot, Donebyjen, Shirleysofficial, Kawaiidesu.bn, dan Aipiaiman.

    Para pengunjung turut berpeluang memenangi tiket wayang atau baucar boling dengan merakamkan gambar cosplay dan tag @aman-hills_brunei dengan hashtag #AH_AN-IMEFEST22.

    Antara peserta yang mengenakan kostum cosplay.
    Para peminat anime berkunjung ke pameran berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda