Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Aniq tak mahu tandingi kejayaan Meerqeen

    Sejak mula menjayakan drama slot Akasia, Sekali Lagi Cinta Kembali, bintang utama, Aniq Suhair tidak pernah terfikir mahu menandingi kejayaan drama lakonan teman seperjuangan, Meerqeen iaitu Melur Untuk Firdaus.

    Aniq atau nama sebenar, Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh tidak pernah meletakkan Meerqeen yang sama-sama bersaing dalam Hero Remaja 2019/2020 sebagai pencabar utama, sebaliknya, Aniq berserah kepada rezeki.

    “Saya dan pelakon gandingan dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Siti Khadijah Halim tidak letak harapan tinggi.

    “Kami hanya go with the flow.

    “Kalau kami berharap drama ini akan melonjak popular dan menandingi Melur Untuk Firdaus, kami akan sedih.

    Aniq tidak mahu membandingkan drama lakonannya dengan naskhah lain. – Agensi

    “Jadi, kami bersikap ‘neutral’, kalau ‘meletup’, Alhamdulillah. Kalau tidak dapat tandingi drama Melur Untuk Firdaus pun, tidak mengapa,” katanya.

    Aniq tidak mahu membandingkan drama lakonannya dengan naskhah lain. “Drama lain popular sampai ke Indonesia… Saya anggap itu rezeki dan tuah mereka.

    “Jadi, secara jujurnya, saya redha sahaja,” katanya.

    Bagaimanapun, Aniq gembira melihat reaksi positif sejak drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang diarah Riza Baharudin, ditayangkan mulai 13 September lalu.

    Aniq teruja diberi kepercayaan menjayakan watak utama dalam drama slot popular TV3, Akasia, biarpun dirinya bukan pilihan pertama.

    “Ini kali pertama saya pegang watak hero dalam drama slot Akasia. Ini slot drama yang dimahukan ramai pelakon.

    “Jadi, saya tidak tolak dan terus terima tawaran ini,” katanya.

    Aniq mengaku seronok bekerjasama dengan syarikat produksi berpengalaman biarpun ditawarkan pada saat-saat akhir. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...