Tahun baharu 2023 cukup bermakna buat pelakon Sana Saeed setelah dia mengumumkan pertunangannya dengan jejaka pilihannya Csaba Wagner.
Sana, 34, berkongsi momen indahnya bersama jejaka asal Amerika Syarikat (AS)itu di Instagram miliknya yang dilihat melamarnya dengan berlutut sambil menyarungkan cincin berlian. Mereka dilihat merakamkan gambar momen indah itu bersama.
Sana merupakan pelakon yang pernah popular suatu ketika dahulu melakonkan watak Anjali iaitu anak kepada Rahul (lakonan Shah Rukh Khan) dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.
Dia juga telah banyak menerima ucapan tahniah menerusi ruangan komen hantaran tersebut daripada rakan-rakan selebriti.
Dalam satu perkongsian lain, Sana berharap para pengikutnya di media sosial juga akan mendapat kebahagian sepertinya.
“Saya harap insan yang terbaik akan datang dalam hidup awda tahun ini. Awda layak mendapat semua cinta dari seluruh dunia,” katanya.
Dalam masa yang sama, masih ada beberapa peminat yang memanggilnya dengan gelaran glamour Anjali, dan mereka turut mengimbau kembali kenangan indah tentang filem popular tahun 1998 itu. – Agensi