Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Anjing berkeliaran di kawasan Ban, Kilanas

    Masalah anjing yang berkeliaran di kawasan Ban, Kilanas semakin membimbangkan. Setiap hari, sekitar jam 6 petang, terdapat individu yang memberi makan anjing-anjing ini.

    Walaupun niat mereka mungkin dianggap murni, tindakan ini sebenarnya membawa masalah kepada penduduk setempat.

    Anjing-anjing yang diberi makan ini semakin membiak dan jumlahnya tidak terkawal.

    Anjing tersebut juga membuang najis di merata tempat, menyebabkan kawasan perumahan menjadi kotor dan berbau. Lebih membimbangkan, anjing-anjing ini sering mengganggu orang yang berjalan kaki, berjoging atau berbasikal di kawasan berkenaan.

    Yang lebih menakutkan, individu yang memberi makan anjing ini enggan ditegur.

    Gambar Freepik

    Malah, terdapat insiden di mana dia mengeluarkan batang kayu sebagai ancaman kepada mereka yang cuba menegurnya.

    Tindakan sebegini bukan sahaja membahayakan keselamatan penduduk, malah menimbulkan ketegangan dalam kalangan penduduk.

    Isu ini bukan semata-mata tentang kebajikan haiwan, tetapi juga tentang kesejahteraan dan keselamatan penduduk. Memberi makan tanpa mengawal populasi hanya memburukkan keadaan.

    Kepada individu yang sering memberi makan anjing berkenaan, diharap dapat memikirkan hal kesejahteraan orang lain yang tinggal di sekeliling.

    Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil langkah tegas, termasuk mengawal populasi anjing berkeliaran dan mendidik pencinta haiwan tentang kepentingan menjaga keselamatan serta kebajikan penduduk setempat.

    Penduduk Kilanas

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    15 ahli PGGMB terima bantuan kebajikan

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV -...

    30 militan terkorban dalam operasi dekat dua sempadan

    ISLAMABAD, 20 NOV - Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 30...

    Promosi kesejahteraan pekerja, budaya tempat kerja sihat

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV...

    Puluhan sekolah ditutup akibat pasir permainan budak tercemar 

    SYDNEY, 18 NOV - Pasir permainan kanak-kanak yang diimport...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...